Muslimah Sejati

 
TIPS MENJADI WANITA SOLEHAH




PEREMPUAN

Apabila teruna memerhatikannya
Perempuan membalas renungan matanya

Apabila teruna mendekati selangkah
Perempuan datang berpuluh langkah

Apabila teruna memujuk rayu
Perempuan lemah dalam pangkuannnya

Apabila teruna memberi harapan
Perempuan hanyut dalam angan langkah

Kerana  perempuan tidak mengerti
Akan erti maruah peribadi sejati

Yang diselaputi iman yang hakiki
Yang tidak akan mudah dicemari





MUSLIMAH

Apabila teruna memandangnya
Muslimah tunduk mengelak panah syaitan

Apabila teruna mendekati selangkah
Muslimah berundur beribu langkah

Apabila teruna memujuk rayu
Muslimah anggap itulah kalimah iblis

Apabila teruna menutur harapan indah
Muslimah yakin janji-NYA lebih bahagia disana

Kerana muslimah mengerti dan sedari
Akan erti maruah peribadi sejati

Yang diselaputi iman yang hakiki
Yang tidak akan mudah dicemari


         

        
              Siapakah muslimah yang tidak tertawan dengan pujukan lelaki miang ?
               Dia melukis kekuatan melalui masalah 
               Dia tersenyum saat tertekan .
               ✔ Dia tertawa saat hati sedang menangis .
               ✔ Dia tabah saat dihina .
               ✔ Dia mempersona kerana memaafkan .
               ✔ Dia mengasihi tanpa balasan .
               ✔ Dia bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi .




♥ Terima Kasih Pada Yang Sudi Baca Dan Like Entry Neesa ♥

1 Hamba Allah:

  1. Perempuan VS Muslimah. Mana pilihan anda? :)
    Semuanya terletak pada keimanan anda.

    ReplyDelete

Fast Blinking Hello KittyHello Kitty 45