Definisi Cinta Kita


TIPS CINTA YANG DIREDHAI ALLAH 





KITA INI BERCINTAKAH?
Kita tidak berpegangan tangan seperti mereka,
Melafaz kata-kata cinta berbalas-balasan,
Bahkan sering ada jarak antara kita,
Dan wujudnya pelbagai batasan,




KITA INI BERCINTAKAH?
Kita ini sering tidak berhubungan,
Tiadanya bicara manis antara kita,
Kerana masing-masing sibuk, 
Sibuk dengan diri untuk dipersiapkan,



KITA INI BERCINTAKAH?
Kerana cinta kita terlalu berbeza dengan mereka,
Sering aku curiga dan bimbang tentang hubungan kita,
Bimbang jika cintamu hanya palsu dan mainan kata.



KITA INI BERCINTAKAH?
Apakah definisi cinta kita ini?







KITA INI BERCINTA,
Cuma bukan dengan definisi mereka,
Tetapi adalah  dengan definisiNya,




KITA INI BERCINTA,
Cuma belum waktunya untuk melangkaui batas yang ada,
Sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri kita,
Manis hubungan bukannya pada pegangan tangan,
Juga bukannya pada pengucapan dan bicara kata,
Tetapi dengan hubungan kita terhadap Allah yang Maha Esa,
Dan sejauh mana kita menjaga pasangan dari api neraka,




KITA INI BERCINTA,
Cuma kita masih belum halal hubungannya,
Nanti apabila kita sudah bersama,
Kita bukan hanya keluarga biasa,
Kita pasangan yang siap menembus syurgaNya,




BUKANKAH ITU CINTA?
Cinta hingga ke syurga,
Definisi cinta kita




♥ Terima Kasih Pada Yang Sudi Baca Dan Like Entry Neesa ♥

0 Hamba Allah:

Post a Comment

Fast Blinking Hello KittyHello Kitty 45