Jangan Mengeluh


TIPS MENSYUKURI NIKMAT ALLAH



Hari ini sebelum kita ingin 
mengatakan  kata-kata yang tidak baik,
FIKIRKAN tentang seseorang yang 
tidak dapat berkata-kata sama sekali.


Sebelum kita mengeluh tentang rasa 
dari makanan yang sedang kita nikmati,
FIKIRKAN tentang seseorang yang
tidak punya apapun untuk dimakan.


Sebelum kita mengeluh tidak punya 
apa-apa dalam kehidupan,
FIKIRKAN tentang seseorang yang 
meminta-minta dijalanan kerana kedaifan.


Sebelum kita mengeluh bahawa kita 
buruk dan meratapi mengenainya,
FIKIRKAN tentang seseorang yang berada 
pada keadaan terburuk dalam kehidupannya.


Sebelum kita mengeluh tentang sahabat baik
yang kadang-kala menyakiti dan tidak memahami kita,
FIKIRKAN tentang seseorang yang selama ini kecewa 
kerana tidak mempunyai sahabat sejati dalam hidupnya.






Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup
FIKIRKAN tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.


Sebelum kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
FIKIRKAN tentang pengangguran, orang-orang cacat
yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita. 


Sebelum kita menunding jari dan menyalahkan 
orang lain dalam sesuatu hal sedangkan kita tiada bukti,
FIKIRKAN dan ingatlah bahawa tidak ada seorang pun 
yang tidak pernah melakukan kesilapan dalam kehidupan.


Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda
yang selama ini setia menemani saat susah dan senang,
FIKIRKAN tentang seseorang yang memohon kepada 
Allah untuk diberikan teman hidup dunia dan akhirat.


Dan ketika kita sedang bersedih dan sedang 
mengalami saat-saat getir dalam meniti kehidupan,
TERSENYUM dan berterima kasihlah kepada 
Allah bahawa kita masih hidup dan sihat tubuh badan. 




“ Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca 
kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana 
tertawa itu muzik jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir 
itu pokok kemajuan, MENYEDIAKAN WAKTU  UNTUK BERAMAL kerana 
beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana 
bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat 
kerana menyediakan beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa. 



♥ Terima Kasih Pada Yang Sudi Baca Dan Like Entry Neesa ♥

0 Hamba Allah:

Post a Comment

Fast Blinking Hello KittyHello Kitty 45